Bruclass Homepage... Job Vacancies/Wanted... Miscellaneous Items for Sale... Vehicle Classified Ads Auction... Properties for Sale/Rent... Bruclass
Interest Groups
Brunei Best Auction Site

Brunei Best Fishing Store..click here.
Go to
Interest Group
Main Page
Disclaimer: Bruclass.com or any of its associated companies would not be held responsible for the contents of this site. The contents are submitted "live" by users and therefore would not permit proper editing. bruclass.com reserve the rights to edit or remove ads.


INTEREST GROUP MESSAGE BOARD

Makanan & Masakan/Food - Nasi Katok, Satay, Restaurant, Cooking, Recipe, Etc.
New Topic
Submit Message Here

Go back to main page of
Makanan & Masakan/Food - Nasi Katok, Satay, Restaurant, Cooking, Recipe, Etc.
Title: SUP EKOR-chef wan Date: 2005-08-29 GMT: 14:56:34
To: -
SUP EKOR Bahan Bahan 8 ketul ekor lembu 3 ulas bawang besar } 10 ulas bawang merah } 6 ulas bawang putih } 4 batang serai } dikisar 3 cm halia } 2 cm lengkuas } 8 biji buah keras } 3 s/besar serbuk ketumbar 2 s/besar serbuk lada putih 2 s/besar serbuk jintan manis 1 s/besar serbuk jintan kasar 2 batang sayur saderi (dipotong kecil) 1 batang lobak merah (dipotong besar) 2 biji kentang (dipotong) 3 biji tomato (dipotong) sedikit daun bawang (dihiris) sedikit daun ketumbar (dihiris) bahan rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) 1/2 cawan minyak sayuran air secukupnya(untuk sup) garam dan lada hitam secukup rasa 2 s/besar tepung sedikit gula Bahan Hiasan daun bawang (dihiris nipis) sedikit bawang goreng Cara Menyediakannya 1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk tekanan tinggi, perapkan ketulan ekor lembu bersama garam secukup rasa, lada sulah dan tepung. Apabila minyak sayuran telah panas, masukkan dan tumis / goreng bahanyang diperap tadi ke dalam periuk tekanan tinggi. 2. Masukkan satu persatu kesemua bahan rempah ratus dan goreng perlahan-lahan sehingga wangi tanpa menghanguskannya. 3. Masukkan pula satu persatu kesemua sayur-sayuran serta daun ketumbar, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk untuk merebus ketulan ekor lembu, teruskan merebus sehingga penunjuk aras tekanan meningkat ke aras dua. 4. Di peringkat ini, perlahankan api dan biarkan ia mereneh selama lebih kurang 30 minit lagi, setelah itu padamkan api, biarkan tekanan menurun dengan membiarkan periuk menyejuk sendiri selama 10 minit sebelum membukanya. 5. Panas dan renehkan semula sup tersebut, tambahkan bahan rempah ratus dan garam serta lada sulah secukup rasa sebelum menyajikannya samada dengan lontong , mi ataupun Makaroni goreng, jika suka taburkan di atasnya hirisan daun bawang atau bawang goreng.
From: hanie
  Reply to this Message!

    This is Page 1... Go to Page :
1.